cerita orang bujang...

Sunday, May 21, 2006

Apa yang akan terjadi sepuluh tahun akan datang???

Apa yang akan terjadi pada sepuluh tahun akan datang? Itu tentu sentiasa terngiang-ngiang di fikiran kebanyakan rakyat singapura.Tahap kehidupan di singapura sentiasa meningkat hari demi hari. Di zaman sekarang melulusi peperiksaan peringkat 'o' sahaja tidak mencukupi untuk hidup yang selesa, apa lagi dalam masa sepuluh tahun? Mungkin juga kumpulan bola sepak singapura akan menjadi kumpulan terunggul di dunia ini. Masa depan seringnya tidak tertentu dan susah ditilik.
Murid-murid di sekolah rendah dan menengah mungkin tidak perlu pergi ke sekolah, namun mereka belajar melalui melungsur internet. Mana tahu presiden Nathan akan letak jawatan dan seseorang wanita akan mengambil alir tempatnya.
Akhir sekali, siapa tahu di dalam jangka masa sepuluh tahun dunia ini akan kiamat. Wallahhuallam bisawab. Jadi berinsaflah sesiapa yang sedang baca pos ini, kerana manalah tahu besok lusa anda akan meninggalkan alam dunia dan menujuh ke alam barzakh.
Sekian....Jesus is lord wakakaka.....bergurau jer....

Tuesday, April 25, 2006



Matahari sudah mula menghilangkan wajahnya yang terang. Teman-temanku sudah tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan. Semuanya tersandar pada pokok-pokok besar yang terdapat di sekeliling mereka. Kicauan unggas semakin jelas kedengaran. Keletihan jelas terpancar.

Perasaan kesal tak dapat dihilangkan dari hati kami. Kami sepatutnya tidak meninggalkan kaki lima yang ditentukan itu. Hari ini bermula sebagai hari-hari yang lain. Kami berasa ceria dan ghairah kerana puncak gunung ledang itu sedang menantikan kami. Kami telah menyertai sebuah pertandingan mendaki gunung untuk memenangi hadiah pertama iatu makan angin di negeri switzerland selama dua minggu.

Setelah saja bunyi tembak iatu tanda bermula didengari, saya terus mengarah kumpulan saya supaya berlari ke arah kaki lima yang ditujukan kami. Selama satu jam kami mendaki gunung itu tanpa melihat kumpulan-kumpulan yang lain. Kami mula rasa cemas, "Di manakah kami sekarang?kamu ini tak patutlah jadi ketua kami sofian! kamu ini hanya membawa kami berpusing-pusing dalam bulatan!"kata kawanku kepadaku. Dengan serta-merta, saya merasakan perasaan kecewa yang meluap-luap. "Saya sedar bahawa saya telah mengecewakan kamu semua. Jadi saya mengharapkan bahawa Azam yang telah bercakap sedemikian akan menjadi ketua dari saat ini." Saya tidak tahu bahawa keputusan saya ini akan mengakibatkan dengan kami menjadi sesat di hutan rimba ini.

Setelah stengah jam dalam perjalanan, Azam bercadang untuk meninggalkan kaki lima yang kami sedang mengikut dan mengambil jalan pintas supaya lebih cepat sampai. Tetapi ini adalah kesalahan yang mengakhirkan kami didalam situasi yang sedang dihadapi kami. "hai azam, di manakah kami sekarang?" tanyaku. "tadi kamu pandai mengutuk saya, kamu ini bagaikan kuman di seberang lautan nampak, gajah dihadapan mata tak nampak."

Air muka Azam yang bertukar menunjukkan perasaan kesal menghalang saya daripada terus mengutuknya."Sudahlah Azam, saya mengambil kata-kata saya balik. Apa yang penting ialah untuk mencari jalan keluar." Dengan bercakap sebegitu, saya merasakan semangat saya yang telah pupus itu pulih semula. Setelah berehat selama setengah jam, saya bercadang bahawa kami cuba membina perkhemahan jika terpaksa menghabiskan malam ini di hutan rimba. Semua teman-temanku membagikan tugas-tugas antara satu sama lain.

Untuk membinakan perkhemahan mengambil masa lebih kurang dua jam tak termasuk masa untuk mencari benda-benda untuk membinakhemah. Dalam masa itu matahari pun sudah terbenam. Kami mengambil makan malam yang mengandungi hanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah kami jumpa di atas sebuah bukit.

Malam itu berlalu tanpa banyak kekecohan, tetapi untuk keselamatan kami mengadakan penjaga jika binatang buas datang.

Thursday, February 16, 2006

Hari pertahanan awam

Hari pertahanan awam yang terletak pada 15 haribulan dua adalah hari yang amat penting untuk rakyat-rakyat singapura.
Ia adalah sesuatu hari yg diadakan sbegai peringatan akan kejatuhan sigapura kepada pihak tentera jepun.
Hari pertahanan awam juga diadakan supaya mengingatkan setiap rakyat singapura akan peranan penting mereka dalam mempertahankan negeri singapura.
Sekolah-sekolah rendah dan menengah di singapura mengadakan latihan permindahan untuk pelajar-pelajar untuk menyediakan mereka jika ada kecemasan.
Kami juga harus makan bubur dan ubikayu serta biskut sahaja pada hari tersebut.
Saya bangga menjadi rakyat singapura kerana kami dilatih untuk menjadi bersedia dan negeri kami memberikan saya perasaan dilindungi.
Kami juga dilatih mempertahankan singapura dalam segi perkhidmatan negara.
kami diajar cara untuk berperang dan kami harus pulang balik supaya kesihatan dan stamina kami stabil. Dengan itu, saya mengakhiri post ini.

Sunday, February 12, 2006

melancong

cutiku di penang...
saya melancong ke penang pada cuti akhir tahun lepas. saya sekeluarga menaiki van yang dipandu bapa saya daripada singapore ke penang. ia mengambil masa 10-12 jam untuk sampai ke penang. setelah di sana kami tinggal bersama pakcik saya di rumahnya. melihat saudara-saudara saya setelah beberapa tahun membawa senyuman ke wajahku. setelah rehat untuk beberapa jam, kami sekeluarga termasuk keluarga pakcikku keluar makan di luar. makanan di penang kebanyakkan saya tak pernah makan.
setelah makan kami pergi ke pesta di bandar. setelah menaiki beberapa permainan di sana, saya merasa sungguh mabuk dan berapa jam kemudian saya muntah di tepi jalan raya semasa hendak pulang. kami tinggal disana untuk seminggu di sana. inilah peristiwa saya melancong ke penang.

idola

IDOLAKU...
satu-satunya idola saya adalah seseorang permain bola yang bernama ronaldhino. Berasal dari negara brazil dan bermain untuk pasukan bola barcelona, beliau dianugerahkan dengan pingat pemain yang terbaik untuk tahun 2005. Kemahirannya dalam segi bermain bola amat dikagumi dan dicemburui oleh ramai orang di seluruh dunia ini. Saya memilih beliau sebagai idola keran saya hendak bermain bola macam beliau.
Terdapat satu orang lagi yang saya anggap sebagai idola saya iatu seorang yang saya memanggil ibu. Ibu saya telah mengandungi saya, memberanakkan saya dan menyusukan saya.beliaulah yang membesarkan saya dan mendidiki saya. Tanpa beliau saya tak akan menjadi sebegini. Beliau tetap menyayangiku walaupun saya membuat salah. Sebab itulah saya memilihnya sebagai idola saya, keran saya hendak manjadi seorang insan yang serupa dengannya di segi sikap dan perangai.