cerita orang bujang...

Thursday, February 16, 2006

Hari pertahanan awam

Hari pertahanan awam yang terletak pada 15 haribulan dua adalah hari yang amat penting untuk rakyat-rakyat singapura.
Ia adalah sesuatu hari yg diadakan sbegai peringatan akan kejatuhan sigapura kepada pihak tentera jepun.
Hari pertahanan awam juga diadakan supaya mengingatkan setiap rakyat singapura akan peranan penting mereka dalam mempertahankan negeri singapura.
Sekolah-sekolah rendah dan menengah di singapura mengadakan latihan permindahan untuk pelajar-pelajar untuk menyediakan mereka jika ada kecemasan.
Kami juga harus makan bubur dan ubikayu serta biskut sahaja pada hari tersebut.
Saya bangga menjadi rakyat singapura kerana kami dilatih untuk menjadi bersedia dan negeri kami memberikan saya perasaan dilindungi.
Kami juga dilatih mempertahankan singapura dalam segi perkhidmatan negara.
kami diajar cara untuk berperang dan kami harus pulang balik supaya kesihatan dan stamina kami stabil. Dengan itu, saya mengakhiri post ini.

Sunday, February 12, 2006

melancong

cutiku di penang...
saya melancong ke penang pada cuti akhir tahun lepas. saya sekeluarga menaiki van yang dipandu bapa saya daripada singapore ke penang. ia mengambil masa 10-12 jam untuk sampai ke penang. setelah di sana kami tinggal bersama pakcik saya di rumahnya. melihat saudara-saudara saya setelah beberapa tahun membawa senyuman ke wajahku. setelah rehat untuk beberapa jam, kami sekeluarga termasuk keluarga pakcikku keluar makan di luar. makanan di penang kebanyakkan saya tak pernah makan.
setelah makan kami pergi ke pesta di bandar. setelah menaiki beberapa permainan di sana, saya merasa sungguh mabuk dan berapa jam kemudian saya muntah di tepi jalan raya semasa hendak pulang. kami tinggal disana untuk seminggu di sana. inilah peristiwa saya melancong ke penang.

idola

IDOLAKU...
satu-satunya idola saya adalah seseorang permain bola yang bernama ronaldhino. Berasal dari negara brazil dan bermain untuk pasukan bola barcelona, beliau dianugerahkan dengan pingat pemain yang terbaik untuk tahun 2005. Kemahirannya dalam segi bermain bola amat dikagumi dan dicemburui oleh ramai orang di seluruh dunia ini. Saya memilih beliau sebagai idola keran saya hendak bermain bola macam beliau.
Terdapat satu orang lagi yang saya anggap sebagai idola saya iatu seorang yang saya memanggil ibu. Ibu saya telah mengandungi saya, memberanakkan saya dan menyusukan saya.beliaulah yang membesarkan saya dan mendidiki saya. Tanpa beliau saya tak akan menjadi sebegini. Beliau tetap menyayangiku walaupun saya membuat salah. Sebab itulah saya memilihnya sebagai idola saya, keran saya hendak manjadi seorang insan yang serupa dengannya di segi sikap dan perangai.