cerita orang bujang...

Tuesday, April 25, 2006



Matahari sudah mula menghilangkan wajahnya yang terang. Teman-temanku sudah tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan. Semuanya tersandar pada pokok-pokok besar yang terdapat di sekeliling mereka. Kicauan unggas semakin jelas kedengaran. Keletihan jelas terpancar.

Perasaan kesal tak dapat dihilangkan dari hati kami. Kami sepatutnya tidak meninggalkan kaki lima yang ditentukan itu. Hari ini bermula sebagai hari-hari yang lain. Kami berasa ceria dan ghairah kerana puncak gunung ledang itu sedang menantikan kami. Kami telah menyertai sebuah pertandingan mendaki gunung untuk memenangi hadiah pertama iatu makan angin di negeri switzerland selama dua minggu.

Setelah saja bunyi tembak iatu tanda bermula didengari, saya terus mengarah kumpulan saya supaya berlari ke arah kaki lima yang ditujukan kami. Selama satu jam kami mendaki gunung itu tanpa melihat kumpulan-kumpulan yang lain. Kami mula rasa cemas, "Di manakah kami sekarang?kamu ini tak patutlah jadi ketua kami sofian! kamu ini hanya membawa kami berpusing-pusing dalam bulatan!"kata kawanku kepadaku. Dengan serta-merta, saya merasakan perasaan kecewa yang meluap-luap. "Saya sedar bahawa saya telah mengecewakan kamu semua. Jadi saya mengharapkan bahawa Azam yang telah bercakap sedemikian akan menjadi ketua dari saat ini." Saya tidak tahu bahawa keputusan saya ini akan mengakibatkan dengan kami menjadi sesat di hutan rimba ini.

Setelah stengah jam dalam perjalanan, Azam bercadang untuk meninggalkan kaki lima yang kami sedang mengikut dan mengambil jalan pintas supaya lebih cepat sampai. Tetapi ini adalah kesalahan yang mengakhirkan kami didalam situasi yang sedang dihadapi kami. "hai azam, di manakah kami sekarang?" tanyaku. "tadi kamu pandai mengutuk saya, kamu ini bagaikan kuman di seberang lautan nampak, gajah dihadapan mata tak nampak."

Air muka Azam yang bertukar menunjukkan perasaan kesal menghalang saya daripada terus mengutuknya."Sudahlah Azam, saya mengambil kata-kata saya balik. Apa yang penting ialah untuk mencari jalan keluar." Dengan bercakap sebegitu, saya merasakan semangat saya yang telah pupus itu pulih semula. Setelah berehat selama setengah jam, saya bercadang bahawa kami cuba membina perkhemahan jika terpaksa menghabiskan malam ini di hutan rimba. Semua teman-temanku membagikan tugas-tugas antara satu sama lain.

Untuk membinakan perkhemahan mengambil masa lebih kurang dua jam tak termasuk masa untuk mencari benda-benda untuk membinakhemah. Dalam masa itu matahari pun sudah terbenam. Kami mengambil makan malam yang mengandungi hanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah kami jumpa di atas sebuah bukit.

Malam itu berlalu tanpa banyak kekecohan, tetapi untuk keselamatan kami mengadakan penjaga jika binatang buas datang.